Halaman

Jumaat, 15 Julai 2011

Halaqah Tim Syura Pemuda Masjid dan Kem Kepimpinan Pengawas 2011...

Salam, ikhwah fillah...

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤۡتِيَهُ ٱللَّهُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحُكۡمَ وَٱلنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُواْ عِبَادً۬ا لِّى مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلَـٰكِن كُونُواْ رَبَّـٰنِيِّـۧنَ بِمَا كُنتُمۡ تُعَلِّمُونَ ٱلۡكِتَـٰبَ وَبِمَا كُنتُمۡ تَدۡرُسُونَ

Maksudnya: Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah. Tetapi (sepatutnya dia berkata): Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya. (Ali Imran: 79)  

Alhamdulillah, wa syukur lillah... Allah SWT dengan segala limpah, kurnia dan ni'mat memberi hambanya yang lemah ini peluang untuk terus memperjuangkan da'wah di Meru... Dengan berbekalkan ilmu dan pengalaman yang sedikit ini, Allah berikan keizinannya untuk terus berda'wah dan bertarbiyah.

Alhamdulillah, halaqah pemuda masjid semakin lama semakin berkembang. Berkat doa dari para pendukung da'wah di Meru, pemuda terus mara lagi maju melangkah menongkah arus dan badai jalan da'wah ini. Walaupun, masih muda dan remaja usia halaqah kita, kita akan tetap terus berjuang demi setitis keredhaan Allah yang sentiasa didamba para pendukung.

Syukur juga, kerna hari ini, selain dari Mukhayyam JJCT 2011 dan Daurah Al Quran dan Sains, bakal menyaksikan kami dari Tim Syura Pemuda Masjid membuka lembaran peluasan lahan2 da'wah di SMK Meru dengan pengelolaan Kem Kepimpinan Pengawas SMK Meru. InsyaAllah kem ini akan berlangsung pada jam 2 petang nanti, dan berterusan selama 3 hari 2 malam. Kami mengharapkan doa dari sekalian ikhwah dan akhawat bagi mensukseskan kem ini. Ameen....




Kem ini akan dibarisi para da'ie2 dan murabbi2 Tarbiyyah dari halaqah kita, Akh Saufy, Akh Emi, Akh Andak, Akh Aiman Al Hafiz, Akh Rijal dan cikgu sendiri. Kem ini melibatkan semua pengawas ikhwah dan akhawat SMK Meru seramai kurang lebih 160 orang. Para fasilitator pula akan dibarisi oleh mahasiswa dari pelbagai bidang dari UiTM...
InsyaAllah, diharapkan dari kem ini, lebih ramai lagi kader2 yang bisa kita cetak dan kita ledakkan potensi mereka di ambang arena da'wah dan tarbiyah. Buat para peserta kem, jadikan kem ini sebagai tatapan buat antum lebih memahami Islam dan tanggungjawab kita padanya. Jadikan juga kem ini sebagai medan untuk kita berubah dan merubah. 2 unsur ini amat penting dalam proses pembinaan insan, 1- Unsur Bisa Berubah (UBB) dan 2 - Unsur Bisa Merubah (UBM). Kedua2 unsur ini harus diaplikasi dalam perjalanan da'wah kita. Kerana setiap insan mempunyai potensi2 ini. Dan kita lah yang harus meledakkannya dibawah naungan da'wah dan tarbiyah.

Buat para urusetia, pengelola dan fasilitator, jadikan kem ini ibarat tebaran2 jala yang bisa menangkap ikan - ikan mutarabbi yang tertangkap di jala. Ikan2 mutarabbi inilah yang nanti akan kita ledakkan dengan sarana2 halaqah dan da'wah. jangan dilepaskan andai telah tertangkap, kerna kita bakalan rugi dan melopong kalau terlepas. Kerna itu pentingnya 'follow up' dan 'evaluasi' selepas program2 da'wah kita. Bukan sekadar 'touch n go' sahaja. Diluar sana, berapa ramai anak2 remaja kita yang dahagakan malah mendambakan curahan2 da'wah dan tarbiyah kita... Kerna itu, tugas kita tidak dibatasi malam dan siang, penat atau lelah, kerja kita harus berterusan  kerna janji Allah ini pastikan tiba buat orang2 yang istiqamah dalam perjuangan:


إِنَّ ٱلَّذِينَ قَالُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسۡتَقَـٰمُواْ تَتَنَزَّلُ عَلَيۡهِمُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةُ أَلَّا تَخَافُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَبۡشِرُواْ بِٱلۡجَنَّةِ ٱلَّتِى كُنتُمۡ تُوعَدُونَ

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.(Fussilat: 30).

Akhir kata dari cikgu, buat para peserta kem, antum jangan lupa bawa Al Quran Terjemahan dan buku nota ya... I.allah, para muwajjih akan sampaikan materi yang terbaik buat antum. Selamat Datang Ke Kem Kepimpinan Pengawas SMK Meru 2011!!!....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan