Halaman

Rabu, 29 Jun 2011

Bil Elektrik PM dan TPM RM160,000 Sebulan!!...

Oleh: Hazlan Zakaria (Wartawan Malaysiakini)

Kerajaan diminta menjelaskan kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat ekoran pengurangan subsidi barangan keperluan.

dr siti mariah interview 300408 02Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Mariah Mahmud (kiri) berkata, ini perlu kerana rakyat diminta mengubah cara hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang.

"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya.

Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.

"Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa,” kata Siti Zailah, yang hadir bersama.
NONEMenurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.

RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

"Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” kata ketua pemuda DAP Anthony Loke, yang turut hadir pada sidang media itu.

NONEMenurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.

"Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya.

Ulasan cikgu;

Ikhwah fillah, inilah cntoh pemimpin 'terbaik' zaman ini. Sanggup mengeluarkan belanja RM160 000 hanya untuk kos bil elektrik dan air kediaman mereka. Mereka memotong subsidi bekalan makanan gula kita, memotong itu dan memotong ini, tetapi subsidi untuk kemudahan dan kemewahan mereka tak pernah dipotong malah berlebihan dengan kadar yang terlalu melampau!!!...

Rakyat merana kerana dipotong pelbagai subsidi, jangan difikir orang2 kaya, kerana mereka xpernah merasa cukup dengan ni'mat yang Allah beri, tetapi fikir lah orang yang berpendapatan rendah, kerana mereka hanya cukup2 untuk makan dan minum sehari - hari dan kadang2, langsung xcukup untuk menampung diri sendiri. Dimana peranan kerajaan??.. Sekarang memang telah terbukti kerajaan mendahulukan poket mereka, mendahulukan 'perut' mereka, mendahulukan kroni mereka, mendahulukan kemewahan dan kepentingan berbanding keperluan rakyat!!... Sudah jelas kerajaan 'bobrok' ini harus ditukar kepada kerajaan yang lebih baik...

Ingatlah wahai pemimpin2 yang bermewah2!!, Suatu hari nanti Allah akan menggantikan kamu dengan lapisan pemimpin yang jauh lebih baik, jauh lebih mendahulukan rakyat dan jauh lebih baik untuk memberikan khidmat terbaik buat rakyat!!!...

Orang muda, masih nak sokong lagi pembazir2 ini??.. Masih nak undi lagi pemboros2 ini??... Masih nak didewa lagi perosak2 ni'mat Allah ini??.. Berubah lah, sebelum Allah menutup pintu hati antum dengan kemunafikan dan kemusyrikan..... Allah Maha Besar...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan