Halaman

Khamis, 23 Jun 2011

Minggu Koperasi dan Abdurrahman Bin Auf..Siri II..

Sambungan dari artikel lepas

AbdurRahman Bin Auf adalah salah seorang sahabat yang hebat dan terkenal. Beliau telah tersenarai diantara 10 orang sahabat yang dijamin syurga oleh Rasulullah S.A.W. Berikut cikgu senaraikan beberapa keistimewaan Saiyyidina Abdurrahman Bin Auf:

1. AbdurRahman Bin Auf Sebagai Seorang Usahawan Berjaya.


- Semasa peristiwa hijrah Nabi ke Makkah, Abdurrahman bin Auf juga ikut serta berhirah. Beliau meninggalkan Makkah sehelai sepinggang tanpa membawa harta dari tempat asalnya Makkah. Sesampai di Madinah, Abdurrahman Bin Auf dipersaudarakan dengan Sa`ad Bin Rabii` Al Anshari. Apabila telah dipersaudarakan, berkata Sa`ad kepada saudara barunya Abdurrahman "Wahai sahabatku, aku nie kaya tau!!, Ambillah separuh daripada hartaku untuk kegunaanmu wahai Abdarrahman.." Lalu dengan sifat yang tawdhu`, Abdurrahman sangat menghargai pengorbanan saudaranya Sa`ad lalu berkata "Terima kasih wahai Saad, Semoga Allah memberkati hartamu. Aku tidak perlukan hartamu, tetapi tolong tunjukkan aku dimana pasar supaya aku boleh berniaga?".. Apabila mendengar kata - kata Abdurrahman itu, Sa`ad kehairanan lalu berkata dalam hatinya, " Bagaimana Abdurrahman mahu berniaga di pasar, sedangkan beliau tiada apa - apa untuk didagangkan?.."  Walaubagaimanapun, sifat optimis yang menebal dihati Sa`ad telah berjaya menangkis sangkaan buruknya itu. Lalu ditunjukkan Abdurrahman akan pasar di Madinah dan Abdurrahman mendapat untung yang luar biasa!!.. Subahanallah...

- Nabi SAW perbah menceritakan tentang kebaikan Abdurrahman bin Auf, "Kalaulah batu dan pasir di padang pasir ini diberikan ke tangan Abdurrahman Bin Auf, nescaya berkepul2 dinar dan dirham akan diperoleh dari jualan batu dan pasir itu"".. Lihat lah ikhwah fillah sekelian, hebatnya sahabat nabi ini sehingga nabi mengakui kehebatan beliau dalam bidang keusahawanan dan perniagaan. Walaupun yang didagangkan beliau hanyalah batu dan pasir, pasti boleh untung!!...

2. Memeluk Islam melalui Sayyidina Abu Bakar As Siddiq R.A

- Ikhwah fillah, Sayyidina Abu Bakar telah berjaya mengIslamkan sembilan orang sahabat - sahabat nabi yang dijamin Syurga oleh Rasulullah SAW. Antaranya ialah Abdurrahman Bin Auf. Persolalannya ialah, apakah yang telah diperjuangkan oleh beliau sehingga dijanjikan syuga oleh Rasulullah SAW??.. Pasti ada sesuatu yang besar telah dilakukan oleh Abdurrahman Bin Auf??..

Ikuti sambungannya... I.allah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan