Halaman

Ahad, 12 Jun 2011

Imam Mesti Prihatin...


Salam,

Cikgu berkesempatan berhenti di R&R Dengkil malam tadi. Berhenti rehat setelah penat bermusafir dari Melaka balek ke Klang...

Singgah di R&R utk solat maghrib...

Surau penuh dgn umat Islam, dan ramai berjemaah dan tidak kurang juga yg solat bersendirian (fardiy). Cikgu sempat berjemaah yang kedua, setelah jemaah pertama selesai...




Agak rasa terganggu, kerna imam jemaah pertama tadi agak kuat wiridnya sehingga mengganggu konsentrasi cikgu yg berada di jemaah kedua... Cikgu xpasti lah mengganggu jemaah lain ke tidak...

Ape yg boleh kite belajar dari situ ialah, seorang imam walau se'alim' mcmne pun, harus memerhatikan suasana sekeliling nya... Jgn disebabkan mengharap pahala wirid selepas solat, mengganggu kekhusyukan jemaah lain...

Memang benar, diharuskan berwirid selepas selesai solat, akan tetapi harus dilihat keadaan semasa itu... Kalau wirid itu ibadah yang sunnah, tetapi bisa mengganggu ibadah yang wajib yg lain... Gi mana tu ya??..

Imam mesti prihatin... Seorang imam yang baik ialah imam yg memerhatikan keadaan makmum di sekeliling... Alangkah baik, jikalau semasa dlm keadaan sebegitu, imam memperlahankan wiridnya... Itulah yg sebaiknya...

Seorang imam bukan shj memimpin solat, tetapi imam juga adalah pemimpin masyarakat...

Orang muda, dah sedia nak memimpin atau kate lain menjadi imam??.. kepada diri, keluarga dan masyarakat..??.. Bangkit lah orang muda... ke nak kene masuk imam muda dulu baru nk jadi imam???.. hhehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan