Halaman

Khamis, 16 Jun 2011

Ciri - Ciri Halaqah Yang Terbaik...


Salam, Ikhwah Fillah...

Artikel ditujukan khas buat murobbi2 yang masih lagi mencari, apa kah kriteria terbaik dalam sesebuah halaqah....


Tapi, sebelum itu mari kite lihat apa itu 'halaqah'...

Halaqah bermaksud sebuah sarana Tarbiyah Islam yang mengumpulkan sejumlah muslim(min 5 orang, maximum 12 orang) bertemu untuk mempelajari dasar2 Islam untuk dibincang, didiskusi lalu terus diamalkan dan dipatrikan dalam kehidupan seharian, dipimpin oleh seorang Murabbi dan peserta yang bersemangat untuk ditarbiyah.

Ok, kalau sudah jelas.. Kite terus bincang apakah ciri2 halaqah yang terbaik...



1. Rabbaniyyah (Orientasi hanya Kepada Allah)
- Rabbaniyyah bermaksud, halaqah yg dijalankan itu wajib mengajak pesertanya hanya kerana Allah, bukan untuk kepentingan Dunia.
- Antum boleh rujuk Al Quran, Surah AnNisa: ayat 79 (... akan tetapi jadilah kamu 'Rabbaniyyun' - orang - orang yang berorientasikan Allah dengan cara kamu mempelajari Al Quran dan mengajarkannya)...

2. Istimrariyyah (Berterusan - Rutin)
- Setiap halaqah mestilah berterusan sekurang - kurangnya seminggu sekali pertemuan (liqo). Mesti ada jadual yang tetap, berjadual, tersusun pengurusannya dan berkembang pesertanya.
- Tiada istilah 'STOP' dalam membawa dan mengikut halaqah kerana halaqah adalah sarana tarbiyyah paling utama untuk diberi keutamaan dibanding dengan hal2 yang lain.

3. Syamil (Integral/Menyeluruh)
- Kriteria ini penting untuk menjadikan halaqah itu sebuah perbincangan dan pembelajaran yang seronok dan luas. Peserta boleh mendapat berbagai - bagai informasi dan pengalaman2 baru dgn hanya berhalaqah!!..
- Dalam halaqah harus ada komunikasi 2 hala - Murabbi dan peserta (Mutarabbi). Halaqah yang dinamis ialah halaqah yang bukan hanya dimonopoli murabbi sahaja. Murobbi mesti memainkan peranan yang penting untuk melibatkan mutarobbinya dalam perbincangan.
- Akhi, halaqah pimpinan kita harus menyeluruh, tak boleh separuh2 ye. Fokus perbincangan harus menyeluruh, terbuka dan dinamis... Barulah halaqah kite jadi best!!.. (Q2:208)

4. Tadarruj (Bertahap)
- Setiap Halaqah mesti ada pentahapan, seorang bayi xkan terus menjadi remaja tanpa ada pentahapan. Begitu juga dengan penurunan Al Quran, juga bertahap. Kerana itulah pentahapan menjadi Sunnatullah...
- Kurikulum yang dibawa mesti jelas dan bertahap. Sebagai contoh, mulakan halaqah dengan Tilawah Al Quran mulai dengan juzu' 30 dahulu, habis tadabbur juzu' 30, mulakan pula dengan juzu' 29, dan begitu seterusnya.. Jika slot tausyiah/tazkirah, minta mutarobbi antum mulakan dengan hadith pertama dari hadith 40 Imam Nawawi.. Jadi Halaqah kita akan tertata dan bertahap.

5. Tajarrud (Bersungguh - sungguh)
- Ciri ini antara ciri yang terpenting. Setiap halaqah mestilah diterajui dengan bersungguh - sungguh, sanggup korban masa, tenaga dan fikiran. Setiap anggota wajib mempunyai disiplin yang tinggi, sangat menepati masa, sungguh2 apabila diberikan tugasan, dan sentiasa bersedia sebelum datang ke halaqah.
- Benarlah firman Allah, (Q 29:69) Man Jaahada Fiina, Lanahdiyannahum Subulana... Barangsiapa yang berjihad bersungguh - sungguh untuk kami (Jalan Allah), sudah pasti dengan sebenar2 pasti kami akan beri mereka petunjuk dan hidayah jalan2 kami.

6.
Wasathiyyah (Moderat/Pertengahan)
- Apa yang dimaksudkan dengan wasathiyyah ialah, halaqah kita mesti seimbang dunia dan akhirat, tidak terlalu sulit juga tak terlalu ambil mudah. Sabda Rasulullah SAW Yasiruu wa La Tu'assiru, Wa Basysyiru Wa La Tunaffaru- Mudahkanlah oleh mu dan jangan menyulitkan, sebarkanlah oleh mu jangan dihalang - halangi..(Hadith Sahih)

7. Ukhuwwah (Menghidupkan Ukhwah Islam)
-
Dalam sesbuah halaqah, harus ada ciri sebagaimana yang Allah firman dalam Surah Al Hujurat:10 Innamal Mu'minuuna Ikhwah, Fa Ashlihu Baina Akhowaykum, Wa tTaqullah la'allakum Turhamuun - Hanyasanya orang mu'min itu bersaudara, Maka damaikanlah diantara kedua saudara kamu itu, dan Bertaqwalah kepada Allah, Semoga kamu beroleh Rahmat Allah.

8. Tawsyiyyah (Regenerasi)
- Setiap halaqah harus membina anggotanya sehingga mampu membina peserta untuk menjadi daie@ murabbi yang siap sedia memikul beban dakwah dengan halaqah - halaqah yang baru sehingga Islam tersebar serata dunia. (21:107)

Kesimpulannya, 8 ciri - ciri ini kite mesti jadikan kayu pengukur untuk kite pilih halaqah mane paling baik. Halaqah yang paling baik adalah halaqah yang mendekatkan diri kepada Allah, sehingga kite yakin untuk menegakkan Syari'at Allah di muka bumi... I.allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan