Salam buat semua pembaca budiman....
Alhamdulillah, kesyukuran tak terhingga buat Allah SWT, Salam dan Solawat sebanyak2 nya buat kekasih cikgu nabi Muhammad SAW...
"Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah, Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah"....
Alhamdulillah, Syukur Lillah, Cikgu berkesempatan mengikuti satu bengkel ynag telah diadakan di Dewan Annex, SUK Selangor... Bengkel bertajuk, 'Pemahaman Bible: Satu Penilaian Kritis'... Cikgu bersama Akh Rijal, Khairul dan juga Cikgu Reza pergi bersama dengan semangat nak mempelajari serba sedikit mengenai Bible...
Dalam bengkel ini cikgu serba sedikit diberi pendedahan kepada ajaran2 Kristian dan Kitab mereka iaitu Bible @ Alkitab (dalam bahasa Indonesia @ Malaysia). Setiap peserta dibekalkan dengan fail, dan juga Kitab Bible berbahasa Malaysia (Cikgu bawa sendiri - Holy Bible New Living Translatian, Hadiah dari Akh Andak).
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas kepada Kitab Bible, bukan untuk diamalkan atau diimani tetapi untuk dikaji isinya dan mendedahkan kepincangan untuk meyakinkan kita bahawa hanya Al Quran kitab Mu'jizat yang terhebat, terlengkap, terbaik, dan terAgung berbanding kitab2 yang lain.
Dalam bengkel ini, cikgu dapat beberapa info berikut:
1. Kitab Bible (Injil) telah ditukar oleh tangan2 manusia yang banyak kelemahannya. (Al Baqarah:79)
2. Dalam Bible mempunyai 2 perjanjian iaitu Perjanjian Lama (Old Testament) dan Perjanjian Baru (New Testament).
3. Di dalam Perjanjian Lama terdapat 5 buku utama (ada 39 buku semuanya bagi Mazhab Protestan) yang dipanggil sebagai Taurat iaitu Kejadian (Genesis), Keluaran (Exodus), Imamat (Leviticus), Bilangan (Numbers) dan Ulangan (Deutronomy). 5 buku inilah yang dipanggil Taurat yang ditulis oleh Nabi Musa A.S (Mosess) bermula dengan kisah kejadian Alam selama 6 hari dan disusuli dengan kisah2 nabi seperti nabi Adam A.S, Nuh A.S, Ibrahim A.S, Ishak A.S, Musa A.S dan lain2. Perjanjian lama juga sarat dengan hukum hakam dan peraturan yang diperintahkan kepada Bani Israel. Kisah2 yang dipaparkan dalam perjanjian lama adakalanya terlalu LUCAH (Yehezkiel 23:19 - 21) dan menghina para nabi dan Allah SWT. Selain itu puisi2, lagu2 dan juga prosa zaman lampau juga dimuatkan dalam perjanjian ini.
4. Perjanjian Baru ialah buku2 selepas kelahiran Jesus (Nabi Isa A.S) yang dikatakan ditulis oleh pengikut2 Jesus. Terdiri daripada 27 buah buku. 4 buku pertama dianggap sebagai Injil atau Gospel iaitu Injil Matius (Matthew), Injil Markus (Mark), Injil Lukas (Luke) dan Injil Yohannes (John). Injil ialah himpunan kisah kehidupan Jesus bermula dari kelahiran hinggalah kisah kematiannya di kayu salib dan peristiwa kebangkitan semulanya dan diakhiri dengan kenaikannya ke langit selepas hari ke 40.
5. Kitab Kejadian (Genesis) 1: 1- 26, pada permulaan kitab diceritakan bagaimana Allah menciptakan Alam dalam enam hari:
Hari Pertama: Dicipta langit, bumi, siang dan malam
Hari Kedua: Dicipta langit, lalu terjadilah petang dan pagi
Hari Ketiga: Dicipta darat, laut, tumbuh2han
Hari Keempat: Dicipta matahari
Hari Kelima: Dicipta burung2 dan binatang2 laut..
Hari Keenam: Dicipta binatang2 liar dan ternak dan dicipta manusia..
Apa yang mengejutkan ialah, menurut sains moden yang kita pelajari, apakah boleh ada petang, pagi. tumbuh2an, siang dan malam tanpa adanya MATAHARI??.. Bukankah matahari sumber cahaya dan tenaga?..Mengapa siang, malam, petang, pagi dan tumbuh2an dicipta sebelum matahari?..
6. seterusnya diceritakan dalam bengkel mengenai Bible juga mengharamkan pengikutnya memakan 'BABI'... cuba lihat Imamat 11: 7...
"Demikian juga babi hutan, kerana memang berkuku belah, yaitu kukunya bersela panjang, tetapi tidak memamah biak, haram itu bagimu"
"The pig has evenly split hooves but does not chew the cud, so its unclean. "(New Living Translations)
Lihatlah ikhwah fillah, ini baru hanya sedikit pendedahan cikgu dapat semasa bengkel. Disana ada beratus malah beribu kesalahan, percanggahan dan ketidakseragaman fakta yang lebih meyakinkan kita bahawa Bible adalah tulisan2 manusia dan bukan Firman ALLAH...
Semoga dengan pendedahan ini, dapat kita belajar serba sedikit mengenai Bible yang kebanyakan orang kita tak nak sentuh apalagi nak baca... Hilangkan keraguan.. Bible cuma buku biasa yang harus kita pelajari untuk menambah iman dan taqwa kita sebagai seorang Muslim...
Orang muda, pernah xbaca Bible??.. Apepun, Al Quran adalah kitab terbaik yang penuh dengan kemukjizatan... Dah bace Al Quran ke belum hari nie??.. Kalau belum, gi la bace dan tatapilah maknanya yang penuh ketakjuban dan kehebatan Allah... Tuhan cikgu dan tuhan pembaca muslim sekelian....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan