anyway, pejam celik pejam celik, dah 7hari dah berpuase, trase sekejap jer... harap2, ibadah kite di bulan mulie nie pun makin lah berkualiti (bukan berkuantiiti k!) spt firman Allah dalam ayat ke2 surah almulk...
ok, jom kite buke lg buku sifat solat nabi yg sedang kite bincangkan.. sebelum nie, kite dah tau pendapat para imam madzhab2 fiqh, yg kite xboleh bertaklid buta, tetapi harus "ittiba'" @ mengikut dengan mengetahui asal usul hukum tersebut mengikut sunnah rasul yang sahih lagi benar dan memang 'warid' - sampai betul kpd junjungan rasulullah...
disini juge, ku ingin berkongsi betape berdose nye kite jike berdusta atas nama nabi, termasuklah sesiapa yg sengaja mengeluarkan hadith yang dhaif - lemah maupun maudhu' - palsu (rujuk hadith mutawatir - bersambung dan bermajoriti) dari sahih bukhari, muslim dan lain2....
ok, berbalik kepada bedah buku kite.... sebelum kte solat, mari kite betulkan semula wudhu' kite.. firman Allah dalam surah al maaidah, ayat ke 6 (Q5:6) jelas diterangkan ttg tatacara berwudhu'...
1. istinsyaq dan madhmadhoh - masukn air ke hidung dan berkumur2
- sunnah ini kekal walaupun pada bulan ramadhan.. nabi saw berkumur2 dan mmasukn air ke hidung dgn 'ghurfah' - dengan mgambil air dari 1 tgan....
2. membasuh muka...
3. membasuh kedua tangan sehingga kedua siku
- di dalam hadith tiada menerangkan dari mane start basuh tangan, tidak kire dari jari dulu atau dari siku dahulu (rujuk hadith bukhari, bab wudhu').

4. menyapu kepala
- sunnah nabi dalam menyapu kepala, menyapu seluruh kepala dgn kedua tgan, sapu hingga ke hujung rambut belakang kepala bawa semula ke hadapan kemudian diikuti dengan membasuh telinga dengan mgunakan air yg sama tadi.
5. menyapu kedua kaki sehingga kedua tumit...
adapun doa yg masyhur dlm msyarakat kite ketika mengambil wudhu' pd setiap anggota wudhu' adalah tidak ada asal (rujuk himpunan hadith2 palsu - muslim koho, pustaka indonesia). begitu juga dgn mmbasuh tengkuk sms brwudhu', ia juga bukan amalan nabi dan terkeluar dari sunnah rasul...
selepas brwudhu', nabi saw berdoa sprtimana yg kita amalkan pd hari ini...
BAB 1: Persiapan Sholat
1. Menghadap Ka'bah..
- Rasulullah saw berdiri menghadap qiblat - masjidil haram di Makkah dan memerintahkan berbuat demikian sptmana sabdanya:
"Idza qumta ila assholati fa asbighi alwudhuua tsumma istaqbili alqiblata fa kabbir" Bila engkau berdiri utk sholat, sempurnakanlah wudhu' mu, kemudian menghadaplah ke kiblat, lalu bertakbirlah.(hadith sahih, riwayat bukhari, muslim dan Siraj - AlIrwa' 289).
firman Allah swt dalam surah Albaqarah: 115 (2:115) bermaksud;
Kemana sahaja kamu menghadapkan muka, di sana ada wajah Allah...
Nabi juga apabila berada didalam kenderaan, baginda menghadap kiblat dahulu kemudian menghadap mengikut haiwan tungangan baginda ( hadith hassan riwayat abu dawud, Ibnu Hibban - ats tsiqat 1: 12, addhiya' dalam almukhtarah).
akan tetapi, ketika solat fardhu, nabi turun dari kenderaan lalu menghadap qiblat (hadith sahih, riwayat bukhari dan muslim, al irwa' 588).
rasulullah juga tidak menyalahkan para sahabat apabila berlaku kesilapan menentukan arah qiblat sebagaimana yang diceritakan Jabir RA (hadith sahih, riwayat Daruquthni, Hakim dan Baihaqi. Hadith ini mempunyai syahid riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Thabarani dan disebutkan dalam Kitab AlIrwaa' - no 296).
2. Berdiri

Baginda SAW pernah solat duduk ketika sedang sakit menjelang kewafatan baginda (hadith sahih, riwayat Tirmidzi, dan Ahmad, disahkan oleh Tirmidzi).
Pernah diriwayatkan, nabi memberi isyarat kepada para sahabat supaya solat duduk bersama2 beliau kemudian baginda besabda mafhumnya:
Tadi kamu hampir2 saja melakukan perbuatan yang dilakukan bangsa Parsi dan Rum. Mereka berdiri di hadapan raja2 mereka, sedangkan raja2 itu duduk. Janganlah kamu melakukan hal itu. Seorang imam sholat dijadikan anutan. Jika dia ruku', hendaklah kalian ruku'. Jika dia bangkit dari ruku', hendaklah kalian bangkit dari ruku'. Jika dia solat dengan duduk, hendaklah kalian sholat dengan duduk (semuanya). (hadith sahih, Riwayat Bukhari dan Muslim, Kitab al Irwa' Al Ghalil, no 394).
Bersambung............
baru tau kalu imam ddk kita yg jd makmum pun kn ddk..
BalasPadambr tawu..
Lain kali bolehlah mintak org tua jadi imam ,sebab biasanya org tua ni dia uzur bolehlah makmum pun solat tarawih sambil duduk semuanya ,hehee..
BalasPadamTapi ni untuk solat sunat saja kan.
yup, aq pn sama..br tau..trimas2
BalasPadam