
Salam...
Buku ini adalah karya dari ulama' tersohor dalam bidang al hadith, Assyeikh Muhammad Nashiruddin Al Albani (wafat thun 1999). Beliau adlah seorang yg pakar dalam bidang al hadith dan banyak karya2 nya yg menjadi rujukan ulama'2 mase kini. Beliau merupakan pejuang sunnah mase kini dan karya2 nye sgt dikagumi ... name asal kitab ini ialah: "Shifatu Shalati An nabiyyi Shallallahu Alaihi Wa Sallama min At Takbiiri ilaa AtTasliimi Ka annaka Taraaha" : Sifat Solat Nabi SAW dari Takbir Hingga Salam seolah2 anda melihatnya"..
Kenape nak kene bincang SOLAT?.. Belaja mase sekolah rendah je dolu2....
Ok, duhai Muslimeen.. Solat adalah konponen asas dalam ibadah, ie menjadi ibadah khusus antre kite n Allah, dan ie juge merupekan komunikaasi secara langsung dgn Allah SWT... Solat lah 1 1 nye ibadah yg Allah wahyukan kpd Nabi SAW secare terus melalui perjalanan Mikraj Nabi ke Sidratul Muntaha semasa peristiwa Isra' Mi'raj...
Sabda Nabi SAW: "Shollu kama roaitumuunii Usholli"
Maksud: Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat (HR Bukhari, Muslim, Ahmad, Baca Irwa'ul Ghalil, Hadith no. 213).
Ok, kite start la dulu bedah buku kite... (ku hya mgambil point2 penting shj dari kitab ini)....
1. Pendapat Para Imam, mengenai Mengikut Sunnah dan Meninggalkan Pendapat Mereka yang Bercanggah dengan Sunnah (yang sahih lagi benar).
Pade perbicaraan nie, penulis ingin membawa pembaca sekalian mengenai pentingnye kite keluar dari kepompong dan kotak pemikiran madzhab. Kerana Islam adalah agama yg menganjurkan umatnye menyelidik dan bukan hanya menurut ustaz2 dan ulama2 shj (krn mereka pun xterlepas dari kesilapan) tetapi wajib mengikut method nabi SAW yg sohih lg benar...
1.1 Imam Hanafi (Abu Hanifah R.H)
Antara penyataan Imam Abu Hanifah, beliau byk menegaskan kewajipan kembali kpd AlQuran dan Sunnah yg sahih:
"Idza Shohh Al Hadith, Fa Hua Madzhabii"
- "Jika suatu hadith sahih, maka itulah madzhabku" (Ibnu 'Abidin dalam Kitab Al Hasyiyyah jilid1/ms63 dan Kitab Rasmul Mufti jilid1/ms4)
"La Yahillu li ahadin an ya'khudza bi qaulina ma lam ya'lam min aina akhodzna hu"
- "Tidak halal bagi seseorang mengikuti perkataan kami bila ia tidak tahu dari mana kami mengambil sumbernya." (Ibnu 'Abdil Bar dalm kitab Al Intiqa fi Fadhail Ats Tsalasah Al Aimmah Al Fuqaha' hlm. 145)
1.2 Imam Malik (Malik Bin Anas)
Kata Al Imam Malik R.H:
- "Saya hy lah sorang manusia, tkadang salah , tkadang betul. Oleh itu, telitilah pendapatku. Billa sesuai dgn AlQuran dan Assunnah, ambillah; dan bila tidak sesuai dengan AlQuran dan Assunnah, tinggalkanlah." (Ibnu Hazm, Ushul Al Ahkam VI/149, AlFulani hlm 72).
1.3 Imam Syafi'iy (Muhammad bin Ismail As Syafi'iy)
Imam Syafi'iy adalah antara tokoh imam madzhab yang melarang keras pengikutnya mengikutnya membabi buta dan wajibnya berpegang kepada Sunnah yang sohih menurut ahli2 hadith . Malah beliau berkata:
- "Bila kalian menemukan dalam kitabku sesuatu yang berlainan dengan hadith Rasulullah, peganglah Hadith Rasulullah itu dan tinggalkan pendapatku itu" (Harawi., Dzamm Al Kalam III/47/1, Nawawi., Al Majmu' 1/63).
-" Bila suatu masalah ada Hadithnya yang sah dari Rasulullah SAW menurut kalangan ahl Hadith, tetapi pendapatku bercanggah dengannya, pasti aku akan mencabutnya, baik selama aku hidup maupun setelah aku mati" (Abu Nu'aiym., Al Hilyah IX/107, Ibnul Qayyim., Al I'lam II/363).
Maka jelas lah disini bahawa imam2 madzhab amat menggalakkan kita (sekadar yang mampu) untuk meneliti method mereka dalam mengeluarkan hukum dan mereka sangat menitikberatkan kesahihan sesuatu hadith Rasulullah SAW dalam mengeluarkan hukum Allah seperti solat.
Marilah kita jauhi perkara2 ibadah khusus yang tidak disandari dengan hujah dan nas2 yang nyata lagi sahih. Tinggalkanlah rasa ta'sub dan rasa hanya kita sahaja yang betul dan orang lain yang salah, buka lah minda dan iman kita utk menerima pendapat yang lebih 'rajiih' atau 'lebih tepat' dari kita...
Itulah method yang terbaik yang diajar Allah kepada Rasulnya sebagaimana firmannya dalam Surah Al Hujuraat ayat 6...
Maksudnya: Hai orang - orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.
Ayat ini jelas menuntut kita supaya berhati2 dengan setiap apa yang kita lakukan terutamanya ibadah2 yang khusus seperti solat, zakat, puasa dan menunaikan haji. Ibadah2 ini tidak boleh ditambah barang sedikit apa lagi dikurang barang sedikit... Siri 3