
Alhamdulillah...Syukur...
Itulah kata2 yang peling tepat untuk diungkap kala kemenangan PAS menerusi calonnya Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dan PKR dengan calonnya S. Manikumar pada Pilihan Raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau...
Tahniah ku ucapkan buat YB Nizar dan YB Manikumar diatas kejayaan yang anda perolehi. Sebelum ini, kita memang susah ingin mengimpikan kemenangan di mana2 PRK dan juga PRU di negara ini. Sebelum ini, PAS dilihat sebagai parti serban dan kopiah, parti tok2 guru dan ustaz2 sahaja manakala UMNO dikatakan parti yang elegen lagi 'terhormat' dan 'bangsawan' di kalangan orang Melayu...
Kini, senario tadi telah berubah. Berubah total sehingga 360 darjah. Pandangan orang pada PAS juga jauh berbeza berbanding dulu. Kini PAS adalah sebuah parti profesional yang menggabungkan antara profesional ISLAM dan Ulama'2 kontemporari seantero Malaysia. Manakala UMNO - parti yang tua dan hampir pupus ditelan rasuah dan kebobrokan moral terus merudum, merudum, menurun dan terus menurun disebabkan kerakusan kuasa dan kebejatan akhlak di kalangan mereka.
Ku selaku pengundi muda, walaupun tidak mempunyai pengalaman luas didalam politik, dapat melihat senario yang berlaku secara terus. Anak2 muda kini, bisa berfikir dengan waras yang mana pasir dan yang mana tanah. Anak2 muda bisa sahaja fikir, parti mana yang mendokong aspirasi mereka sebagai orang muda yang penuh tenaga dan semangat juang yang tinggi. Mereka juga tahu memilih pemimpin yang bersih lagi bebas dari dosa dan ma'siat rasuah yang membelenggu UMNO.
Ku hairan, bagaimana UMNO dengan pemuda nya, boleh memilih ketua mereka dikalangan peRASUAH yang telah dibuktikan oleh parti mereka sendiri?. Benarlah sabda nabi melalui hadithnya.
"Idza wusidal amru lighoiri ahliha, Fantazhirus sa'ah" (au kama qol)..
Maksud: Apabila diletakkan sesuatu urusan kepada bukan ahli nya, maka tunggulah
saat (kehancuran) itu.
Maka, apakah perjuangan yang didokong oleh UMNO sehingga mereka ketandusan fikiran untuk memilih pemimpin mereka sendiri?. Oleh itu, syabas dan tahniah ku ucapkan sekali kepada pengundi2 di Bukit Gantang kerana anda mementingkan agenda rakyat berbanding agenda memenuhkan 'kocek'sendiri yang diperjuangkan UMNO dan konco2 nya.
Mengulas isu, YB Pantai Remis yang menggunakan ayat2 Al Quran didalam kempennya yan mengundang pelbagai reaksi negatif dikalangan sesetengah orang Melayu (x tau faham quran ke tidak lau nak banding dgn YB Pantai Remis tue). Ku amat kagum dengan kebolehan beliau didalam berbicara mengenai Al Quran walaupun beliau bukan Islam (kita doakan keIslaman beliau suatu hari nanti). Hujah ku senang, Al Quran diturunkan untuk sekalian manusia tidak kira Islam atau bukan Islam. Maka, beliau (YB Pantai Remis) berhak untuk berbicara menggunakan Al Quran dan jika salah sekalipun, kita sebagai 'yang tahu' wajib menegur dan membetulkan. Bukan menuduh beliau dengan macam2 tuduhan. Apakah kita tidak membaca ayat2 Allah di dalam Surah Annahlu ayat 125:
"Serulah kepada jalan tuhan mu dengan HIKMAH dan BIMBINGAN yang baik,
dan berbahaslah dengan mereka (orang2 kafir) dengan sebaik2 perbahasan, sesungguhnya tuhan mu lebih mengetahui siapa yang sesat diantara kamu, dan dia maha mengetahui siapa yang mendapat hidayah Nya.."
Oleh itu, kita sebagai muslim harus melihat isu ini menurut pandangan Alquran. Tidak terasa kah kita sebagai muslim sejak kecil lagi, tetapi gagal untuk menyampaikan walau sepotong ayat Alquran pun jika mahu dibandingkan dengan Yb tadi?.
Lahaula wala quwwata illa billah...tidak ada daya dan upaya melainkan dari Allah.. Saudara, kemenangan ini bukan lah milik kita, tetapi ia adalah milik Allah secara total. Kemenangan ini diberi oleh Nya, juga bisa sahaja untuk ditarik oleh Nya.. Kita hanya insan yang lemah yang menumpang belas dan kasih dari Allah.. Sebanyak mana keringat peluh perjuangan kita, tidak akan mungkin dapat membalas nikmat Allah kepada kita.
Oleh itu. marilah kita bermuhasabah diri. Semoga perjuangan kita diredhai oleh Allah dan mendapat ganjaran, bukan ganjaran duit atau sogokan rasuah, tetapi ganjaran RAHMAT dari Allah kepada kita.
Kepada mahasiswa dab juga pemuda/i di luar sana, ayuh bangkit.. Bangkit untuk mempertahankan hak sebagai seorang pelajar. Mahasiswa bukan hanya duduk di bilik, study, tutup telinga dengan earphone dengar muzik2 mp3 atau pergi ke kuliah2 semata2, tetapi peranan kita adalah jauh lebih besar dari itu, untuk perjuangan Islam dan survival anak bangsa.
Tepuk dada, tanya Iman.. Perjuangan mana yang anda pilih.. Dan sudah cukup kah amalan ini untuk kita persembahkan di hadapan Allah di akhirat kelak?......
Fikirkan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan