Halaman

Khamis, 12 Mac 2009

Info MPKLKM (Untuk Sebaran)...

Majlis Perwakilan
Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia
d/a Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) Kampus Kusza,
21030 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman
________________________________________________________________
Ruj. Kami:UDM. KLKM (03)/2009
Tarikh: 11 MAC 2009

Semua Ahli Jawatankuasa
Majlis Perwakilan KLKM IPT - IPT Malaysia

Tuan,

JEMPUTAN KE MESYUARAT MAJLIS PERWAKILAN KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA (MPKLKM) UNIVERSITI DAN IPT 2009

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut diatas akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh : 21 Mac 2009 (Sabtu)
Tempat : Dewan Templer, Rumah BP, Kuala Lumpur
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang


2. Sehubungan dengan itu, pihak kami menjemput 4 orang wakil (Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari) dari institusi tuan untuk hadir ke mesyuarat ini. Pengesahan kehadiran hendaklah dimaklumkan kepada pihak sekretariat sebelum hari mesyuarat berlangsung.

Segala kerjasama dan perhatian dari pihak Tuan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN”

Yang menjalankan tugas;

Adli Mahamad Ishak
Pengerusi Majlis Perwakilan KLKM

sk : 1) Pesuruhjaya Negeri KLKM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan