Halaman

Khamis, 15 Oktober 2009

Coretan Kempori DiRaja Pengakap Negeri Terengganu 2009

salam Pengakap, salam Penuh kegembiraan....


Pengakap Terengganu semakin mengorak langkah maju kehadapan, Penganjuran KEMPORI DIRAJA PENGAKAP NEGERI TERENGGANU 2009, bakal menjadi titik tolak kemajuan pengakap Terengganu di masa akan datang...

Dengan kepimpinan baru, Majlis Pengakap negeri Terengganu bersama Kerajaan Negeri Terengganu, Kempori ini bakal menyediakan tempat buat 800 orang peserta dari 7 buah daerah di serata Negeri Bertuah Naungan DYMM Sultan Mizan Almuktafi Billahi Shah dan KDYMM Pemangku Raja Tengku Muhammad Ismail selaku Penaung Utama Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu..

Istimewanya, kempori ini bakal menggamit rakyat Terengganu sekalian, sosok tubuh KDYMM Pemangku Raja mencemar Duli, bersama rakyat, berkhemah bersama - sama dalam keheningan pantai Teluk Ketapang dan kesegaran udara nyaman di Kem Telaga Batin, Kuala Terengganu. Berkonsepkan Raja Payung Rakyat dan Sekali Berpengakap, Selamanya Berpengakap, kempori ini diadakan...

Sebanyak 5 sektor aktiviti akan diadakan, yang melibatkan lebih 25 aktiviti akan berlangsung selama 3 hari 4 malam berkhemah. Antaranya, seni mempertahankan diri, terompah gergasi, wau, pameran jabatan2 kerajaan, dan lain2... Tunggu...

Menjelang malam pada 30 Oktober, KDYMM Tuanku akan sekali lagi mencemar Duli, bersama - sama rakyat marhean, ber'CAMP FIRE' dan duduk diatas kerusi batang kayu... tidak tumpah seperti zaman kemunculan PeNGAKAP di Brownsea Island...

Sekarang, Kem Telaga Batin telah berubah dari kem yang suram kepada kem yang ceria dengan kemudahan2 yang sedang disediakan oleh pihak JKR, TNB, Kerajaan Negeri Terengganu dan lain2... Syukur... Alhamdulillah....

Oleh itu, setiap daerah, bersedialah untuk pergi ke KEMPORI DIRAJA ini, tanpa bayaran, i.allah, kita buat habis baik... Mungkin selepas ini, Terengganu akan menjadi tuan rumah untuk Jambori Malaysia, atau Jambori Asia pasifik seperti tahun 1997 dulu???.. sama2 kita usaha dan berdoa tanpa mengenal pangkat, kepala, status, keinginan dan kemahuan diri...

Hanya yang satu bisa memautkan hati kita, IKHLAS keranaNya... Ameen...

salam dari Pencacai Kempori DiRaja Adli Ishak....

2 ulasan:

  1. wow...
    jd juruhebah ler nie...
    ngan bead di leher...
    cis....
    tp bgus r mung....
    keep up...
    aku bukan apa,nak inform saper y blum dapat sijil manikayu, ada pada aku...nnt aku list nama diorang...kalo ko kenal tulung inform...
    mung kontek dok lg ngan papa?

    BalasPadam
  2. hahaha... yo bro..lame xdgr cite...??.. mane mghilang da??.. kontek lg ngn pa, 14hb nov nie umt ade wat manikayu, dtg la...

    BalasPadam