Halaman

Rabu, 13 Mei 2009

Kemelut Yang Makin Berselut.....

MAHKAMAH HANYA TANGGUH, BUKAN IKTIRAF ZAMBRY

Kalu kita lihat tindakan Mahkamah Rayuan hari ini, jelas menyatakan bahawa Mahkamah hanya membenarkan permohonan Zambry untuk MENANGGUHKAN keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin adalah MB Perak yang sah. Keputusan Mahkamah Tinggi tetap dan tidak berubah bahawa Nizar adalah MB Perak yang sah.

Manakala Mahkamah Rayuan pula HANYA MEMBENARKAN permohonan Zambry untuk MENANGGUHKAN perlaksaan keputusan Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan BELUM SAMA SEKALI menyatakan bahawa Zambry adalah MB yang sah. Mahkamah Rayuan hanya membenarkan penangguhan perlaksaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Itu saja

Maka sebenarnya:

1. Nizar adalah MB Perak yang sah. Manakala Zambry MB Perak Haram.

2. Mahkamah Rayuan hanya membenarkan PENANGGUHAN keputusan Mahkamah Tinggi, walaubagaimanapun Nizar adalah MB Perak yang sah. CUMA Perlaksanaan keputusan Mahkamah TInggi di tanggunhkan sementara menunggu rayuan Nizar. Itu sahaja.

3. Mahkamah Rayuan TIDAK SAMA SEKALI menyatakan Zambry MB sah. Ia hanya TANGGUH keputusan Mahkamah Tinggi sebelum rayaun Zambry di dengar mahkamah.

Namun yang jelas

BN dan UMNO adalah pengecut untuk berdepan dengan rakyat dan takut kepada rakyat sebab itu tidak berani membubarkan DUN Perak dan bertindak mohon tangguh keputusan Mahkamah Tinggi sebab mereka TAKUT DUN DIBUBARKAN.

Jelas ah Zambry, UMNO dan BN pengecut.

Nukilan dari: http://kamarulz.blogspot.com

8 ulasan:

  1. Salam saudara,

    1 - Kalau sah, kenapa Nizar (Ngeh+Nga) tak cuba merampas kembali kuasa MBnya?

    2 - Sultan tak nak Nizar... Sultan melantik Zambry sebagai MB. Sultan tak bodo.

    3 - Mereka2 yang mengucar ngacirkan DUN PERAK 7 Mei-lah yg HARAM JADAH.

    4 - BN tak gentar. Walaupun Nizar tetap menggunakan makhlamah BN pasti menang. Akan berlaku undi tak percaya keatas Nizar jika Nizar jadi MB yg 'sah'. BN disokong 31 ADUN termasuk 3 dari ADUN Bebas. PR - 28. Maka undi akan tetap menyebelahi BN.

    5 - Bubarkan DUN adalah hak multak Sultan. Kenapa dahulu sebelum Pakatan Rakyat/Nizar tersungkur depa (ADUN2 PR) yg sendiri mendahului Sultan dengan mengistiharkan bubar DUN?.

    6 - Semoga Perak kembali stabil dan terus diperintah oleh kerajaan Melayu Islam. Bukannya Kerajaan kafir DAP.

    BalasPadam
  2. saudara...

    terima kasih diatas komen yg diberikan... berikut adalah jwapan kepada lontaran idea2 saudara...

    1. rampasan bukan lah cara PR memerintah, itu hanya amalan BN dan Umno.

    2. Memang sultan tidak bodo, malahan bijak lagi pandai.. Tetapi, kebodohan Umno dan BN yang menjadikan rakyat jelata tidak faham akan isu2 ini...

    3. Saudara sendiri melihat bagaimana Umno dan BN membawa masuk pihak polis dan juak2 yang tidak seharusnya berada di dalam DUN yang mulia. Malahan berani membawa senjata. Siapa yang mengheret Speaker yang sah kalau bukan UMNO dan BN?.. Mengapa haknya sebagai ADUN dinafikan?.. Apakah sah sidang tersebut sedangkan Speaker belum memulakan sidang?..

    4. Apakah bisa membuat undi tidak percaya sedangkan perintah speaker mengerluarkan Zambry dan konco2 nya adalah sah dan tidak boleh dipertikai dimana2 mahkamah pun.. Jika BN tidak gentar, bubar kan DUN kerana walaupun BN memerintah, kerajaan mereka tidak akan stabil...

    5. Perbetulkan fakta saudara, kerana PR tidak pernah mengumumkan pembubaran DUN dan tidak pernah sekali pun membelakangi sultan. Apakah saudara tidak membaca surat Nizar kepada sultan berkenaan memohon pembubaran DUN?..

    6. Saudara, Perak hanya akan stabil jika ISLAM memerintah, Melayu dan politik perkauman tidak menjamin apa2.. Islam didokong Allah, Melayu tidak mempunyai dokongan apa2....

    p/s... marilah kita fikirkan, pernahkah fenomena CINA dan INDIA mahu mendekati ISLAM pada zaman ini sedangkan sepanjang 50 tahun pemerintahan UMNO/BN tidak pernah?..

    BalasPadam
  3. Ini balas dari saya;

    1 - Rampas merampas adalah amalan UMNO/BN? Berikut adalah kenyataan dari Mufti Perak: "Mereka tidak merampas kuasa, cuma mereka (UMNO) bagi tahu kepada Tuanku Sultan sekarang BN telah mendapat majoriti ahli dewan kerana 3 adun dari PKR dan DAP telah keluar parti dan menjadi adun bebas dan seorang adun kembali kepada UMNO! Terimalah hakikat itu, tetapi PAS dan DAP tidak boleh terima hakikat, sekarang BN ada 31 ahli dewan. Kalau kita mengasihi orang kafir itu adalah itu haram, kita boleh berbaik dengan orang kafir tapi tidak boleh berkasih sayang dengan orang kafir!"

    2 - UMNO/BN tak bodo... Mereka telah berjasa pada Agama, Bangsa dan Negara. Sudah lebih dari 50 Tahun Malaysia diperintah oleh UMNO/BN dan sudah menjadi perkara biasa bila ia dipandang hina oleh mereka2 yang berjiwa membangkang, dah kata pembangkang kan. Kalau UMNO/BN itu benar2 bodoh maka hari ini kita tidak akan mengecapi kemajuan seperti mana sekarang. Saudara sendiri tak akan dapat terus melanjutkan pelajaran di IPTA jika UMNO itu 'Bodoh bin Bahlol'. Perkara ini Anwar Ibrahim sendiri tidak boleh nafikan. Saudara berani menafikannya?

    3 - Saya mengajak saudara berfikir kembali:

    a) Keadaan DUN tidak terkawal. Adun2 sendiri tidak boleh mengawal huru hara yang berlaku di dalam Dewan... Siapa lagi yg dapat kawal keadaan melainkan Polis?

    b) Saksi memberi tahu ada ADUN2 dari pembangkang terlepas dari discan sebelum masuk ke dalam dewan. Kesemua ADUN Pro Kerajaan BN melalui tempat scan. Perkara ini ada kaitan dengan senjata merbahaya. Semuanya seperti sudah dirancang rapi oleh ADUN2 DAP. Mereka memutar belitkan fakta dengan menggunakan MalaysiaKini. Hasilnya nampak kini, Melayu mudah 'dikencing'.

    c) Berkaitan penyembur pemedih mata, kalau ADUN Bebas itu benar2 milikinya dan menyemburnya. Mengapa ADUN yang kene sembur itu tak memperlihatkan tanda2 kepedihan dimata!? PELIK BUKAN? lihatlah disini: http://www.youtube.com/watch?v=NcwmllmjNfY

    4 - Sama ada Nizar menang atau kalah selepas Mahkamah memutuskan keputusan. Apa yang pasti akan ada undi tak percaya kepada Nizar kerana BN memiliki majoriti mudah iaitu 31 manakala PR hanya memiliki 28, Nizar tetap tersungkir. Dan kerana itulah pembangkang lebih gemar untuk memilih cara "Bubarkan DUN"... Ingat, Bubarkan DUN adalah hak mutlak Sultan dan Sultan telah pun memilih untuk tidak membubarkan DUN.

    5 - Saudara lupa akan tindakkan Nizar yang mendahului Sultan dengan memutuskan pembubaran DUN:

    "PADA 3 PETANG 4 FEBUARI 2009: Mohamad Nizar telah membuat tindakan luar biasa dengan mengumumkan pembubaran DUN serta merta sebelum memohon perkenan Sultan."

    6 - Berkenaan kenyataan akhir saudara itu, memang benar Perak hanya akan stabil jika Islam memerintah, tetapi kerajaan PR dibawah Nizar adakah ciri2 itu? Lihat sahaja Nizar dikelilingi oleh exco Kafir DAP (Kerajaan PR), Nizar hanya boneka kafir DAP. Zambry pula dikelilingi exco Melayu bergama Islam (Kerajaan BN). Orang Melayu, majoritnya beragama Islam. Hujah dangkal ini memang femes diguna pakai. TAHNIAH saudara...!

    p/s: Apa yang perlu saudara tahu adalah Kafir DAP mengunakan taktik yg sama dengan dakyah KOMUNIS menggunakan ayat ALQURAN untuk menarik Undik orang Melayu Islam.

    BalasPadam
  4. saudara, terima kasih kerana sudi memeriahkan blog saya ini...

    nampaknya isu ini semakin hebat kita bincangkan... ini adalah satu fenomena yang baik terutama untuk orang muda seperti kita ini...

    saudara, marilah kita berlapang dada dalam isu ini, lupakan lah perjuangan yang berdasarkan bangsa dan mencari kesalahan orang lain...

    Islam itu menyeru kepada perpaduan seluruh manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan. Perjuangan berdasarkan bangsa hanya merugikan dan tidak akan kemana...

    Saudara lihat apa nasib kaum Aad, kaum Thamud dan juga Firaun (QS Alfajr: 6-13).. Mereka maju disebabkan kebanggaan mereka memperjuangkan bangsa, tetapi disebabkan keingkaran kepada Allah, mereka dihina malah dilenyapkan terus dari muka bumi...

    Di Perak, saudara rujuk semula cerita sebenar dari Kg Tersusun dan Kg Baru juga cerita tanah 45 ekar Pak Teh..

    Bisa sahaja kita dengar cerita dari kedua - dua pihak, maka pertimbangkanlah kebenaran berdasarkan hujah dan kesahihan fakta dan bukan atas akal yang dikuasai nafsu semata2...

    Saya hormati sokongan penuh saudara diatas perjuangan UMNO dan Barisan Nasional, maka atas semangat itulah, tanpa mempedulikan fahaman masing2, marilah kita memuhasabah diri kearah mana perjuangan kita yang diredhai Allah...

    Apakah tidak berdosa menggadai Tanah Rezab Melayu 20 000 ekar kepada kroni2(malahan kontraktor2 kaya Cina) , ahli keluarga exco Perak yang 'dahulu' jika hendak dibandingkan dengan pemberian hak milik kekal kepada 40 000 rakyat berbangsa cina yang telah menetap selama 60 tahun (beranak cucu) dengan keluasan rumah hanya 20 x 40 kaki dan 7 000 keluarga miskin melayu di tanah tanah hanya seluas 7 000 ekar?...

    bukan lah PR atau BN yang kita menangkan, tetapi prinsip keadilan dan juga ketelusan pembahagian kekayaan rakyat yang kita perjuangkan...

    Dimana kah konsep 1Malaysia, Rakyat diutamakan yang diuar2kan oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Razak??..

    Saya sebagai rakyat Malaysia yang saya cintai ini malu dan sebak melihat nasib PM saya dikata dan dikhabarkan ttg berita Altantuya di 11 akhbar luar negara. Mengapa Najib tidak membela dirinya dan membersihkan namanya?.. Mengapa tiada saman atau tindakan selayaknya diambil keatas 11 surat khabar luar negara tersebut jika benar ia suatu fitnah??..

    Marilah kita bersama2 membangunkan negara kita yang tercinta ini tanpa ada perasaan dengko dan hasad kepada kaum yang selain Melayu... Buangkan lah semangat kemelayuan dan bangkitkan semangat keIslaman kita...

    Kerana Rasulullah tidak pernah memperjuangkan sifat ke'Araban Quraisy' nya....

    akhir kata, sabda rasul saw

    "laysa minni man da'aa ila ashobiyyah"

    maksud: Bukan dari golongan kami sesiapa yang mengajak kepada sifat asobiyyah (perkauman).....

    terima kasih.....

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Saudara Ibn Ishak,

    1 - Sama-sama. Terima kasih juga kerana berinteraksi dengan baik dengan saya. Saya memeriahkan blog ini untuk mengatakan yang hak, dan pastin yang hak itu mengatasi yg batil.

    2 - Ia Memang baik untuk dibincangkang lebih-lebih lagi dikalangan kita yang mudah terpengaruh. Kita dikurniakan akal untuk berfikir dan menilainya... Tetapi ingat, gunakanlah akal yg berpanduan iaitu AlQuran serta Sunnah.

    3 - Saya sentiasa berlapang dada dalam pelbagai isu terutama sekali berkaitan politik. Wallahi, Saya berjuang kerana Agama Allah, kerana mengikut Sunnah RasulNya. Saya wajib mengenepikan Bangsa kerana Agama.

    4 - Benar, Islam mewajibkan kesatuan dan mengharamkan perpecahan. Yang menjadi peliknya disini... Mengapa Tok Guru Nik Aziz/PAS yang faham agama tu menolak kerajaan Perpaduan di Perak dan juga di peringkat Nasional?

    5 - Ya, memang benar Perjuangan Asobiyah dilarang oleh Baginda. Saya tidak menafikannya. Disini saya tanyakan kembali pada saudara; "PAS tidak memperjuangkan Bangsa ke Saudara?" Tak tengok ke apa yang PAS(sebagai Hero) lakukan untuk mempertahankan "KETUANAN BAHASA" dalam perhimpunan anti-PPSMI?. Itu bukan perjuangan asobiyah ke? PELIK! HALAL BAGI PAS, HARAM SEGALANYA BAGI UMNO!

    6 - Kita hanya mempertahankan Hak Orang Melayu yang sudah termakub didalam Perlembagaan. Melayu Islam Tuan di Malaysia, Kita tidak usik dan sentuh hak kaum2 lagi malah orang Melayu sendiri yang gadaikan haknya untuk kaum lain. Bacalah sejarah orang melayu kerana sejarah itu tak pernah tipu. Itu pon Rasis ke?

    7 - Wahai saudara, secara logiknya... Buat apalah Najib main saman2 ni?, dah dia tak bersalah pon dan tak ada kaitan dengan kes Altantuya pon. Yang suka saman menyaman ni adalah orang PR kan.. bila kalah kat mahkamah kompem punya salahkan mahkamah tuduh mahkamah alat BN/UMNO (Sebagai contoh terdekat: Lihat bila Nizar menang di Makhkamah dan setelah Zambry buat rayuan). Kelakar bukan?. Najib mengambil sikap berdiam diri dalam pekara ini, lihat sahaja sekarang sudah banyak gambar superimpose hasil dari sikap tak bertanggungjawab pihak Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan maruah Najib... Najib tak layan. Ternyata kesemuanya PALSU!, disini membuktikan Najib mengutamakan kepentingan Rakyat dari melayan karenah pembangkang yg berusaha gigih untuk berpolitiking sahaja.

    8 - Saya sudah dengar penjelasan dari peguam yang handle kes Altantuya sendiri. Dalam kes Altantuya, Bapak Altantuya tak salah dan tak sebut pon nama Najib dan Rosmah. Yang Bapak Altantuya Marah sebenarnya adalah kerana orang yg sebabkan kematian Altantuya terlepas iaitu Razak Baginda. Kalau Najib berani bersumpah dia tak bunuh Altantuya, mengapa tidak mendesak agar Anwar Ibrahim bersumpah dia tak liwat saiful bukhari? PELIK! PELIK!

    9 - Rasulullah memerintah agar taat pada Pemerintah:

    Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Sesiapa yang mentaati aku, sesungguhnya dia telah mentaati Allah dan sesiapa yang mendurhakai aku maka sesungguhnya dia telah mendurhakai Allah. Sesiapa yang mentaati pemimpin sesungguhnya dia telah mentaati aku dan sesiapa yang durhaka kepada pemimpin sesungguhnya dia telah durhaka kepadaku”. – Hadith Riwayat Muslim.

    Fatwa Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah:“Maka mentaati Allah dan RasulNya adalah wajib bagi setiap orang, begitu juga mentaati pemimpin muslim adalah wajib kerana adanya perintah Allah untuk mentaati mereka. Sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dengan mentaati para pemimpin muslim, pahalanya adalah atas Allah dan siapa yang tidak mentaati mereka (para pemimpin muslim) kecuali untuk memperolehi (dari pemerintah) satu kekuasaan (jawatan) dan harta semata, jika mereka (para pemimpin tersebut) memberinya dia mentaatinya dan jika tidak memberinya dia durhaka padanya, maka tidak ada kebahagian baginya di akhirat kelak”.


    10 - Saudara mungkin tak dapat terima hakikat ini. Rasulullah melarang perjuangan Khwarij sepertimana perjuangan PAS:

    Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: “Akan keluar di akhir zaman, suatu kaum yang muda-muda umurnya, pendek akalnya. Mereka mengatakan sebaik-baik ucapan manusia. Mereka membaca al-Qur’an (tapi) tidak melewati kerongkongan mereka. Mereka meleset (keluar) dari (batas-batas) agama ini seperti melesetnya anak panah dari (tubuh haiwan) buruannya. Maka jika kalian mendapati mereka (khawarij), perangilah mereka! Kerana sesungguhnya orang-orang yang memerangi mereka akan mendapat pahala di sisi Allah pada hari kiamat’. - Muttafaqun alaihi

    “Mereka suka membunuh (menghancurkan) Ahli Islam (terutama pemimpin yang tidak berhukum dengan hukum Allah dan pengikutnya) tetapi merka membiarkan ahli berhala (orang-orang yang benar-benar jelas kekafirannya)” – Hadis Riwayat Bukhari, Mulim.

    Al-Imam al-Barbahari rahimahullah berkata di dalam Syarhus Sunnah: “Setiap orang yang memberontak kepada imam (pemerintah) kaum muslimin adalah Khawarij, dan bererti dia telah memecah belah kesatuan kaum muslimin dan menentang sunnah, serta matinya seperti mati jahiliyyah.”

    Asy-Syahrastani berkata: “Setiap orang yang memberontak kepada imam yang telah disepakati kaum muslimin disebut khawarij. Sama saja, apakah dia memberontak di masa zaman sahabat kepada al-Khulafa’ur Rasyidin atau setelah berlalunya zaman mereka di masa tabi’in dan para imam di setiap zaman.”

    :)

    BalasPadam
  7. Saudara,

    Demi sesungguhnya saudara lebih layak berjuabg dalam PAS daripada berjuang di dalam UMNO dan BN...

    Dalam pemerhatian saya, segala hujahh Alquran dan Hadith yang dibawa saudara lebih kepada memburukkan parti yang saudara sokong sekarang...

    Oleh itu, marilah kita bergabung tenaga memperjuangkan Islam kerana saudara mempunyai bakat besar dalam berpolitik.

    Sudah semestinya ruangan ini tidak mencukupi untuk kita berdiskusi lebih mendalam lagi, InsyaAllah, kita bisa bertemu di ruangan lain.

    Kerana hujah2 saudara mudah sahaja disangkal berdasarkan fakta2 yang saudara berikan. Seperti yang saudara katakan, "sejarah tidak pernah menipu"...

    Akhir kata, semoga Allah membuka pintu hati saudara untuk berjuang di dasar dan landasan Islam yang benar. Maaf saya dahulukan jika ada terkasar bahasa.

    Harapan saya, moga saudara mendalami lagi isu2 politik yang berlaku dan tidak hanya mendengar hujah hanya di sebelah pihak sahaja...

    salam...

    BalasPadam
  8. Saudara Ibn Ishak,

    1 - Jika dakwaan saudara itu benar, bawa kemari dalil dari AlQuran dan AsSunnah yg mengatakan PAS (Pembangkang) lebih layak ditaati dari UMNO/BN (Pemerintah).

    “Katakanlah (Wahai Muhammad!): Tunjukkanlah burhan (dalil, nas atau bukti dari alKitab) akan kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar.” – AlQuran, Surah AlBaqarah, ayat 111.

    2 - Semua dalil-dalil itu adalah tempelak keatas golongan yang terpesong dari Mannhaj Nabawiyah, PAS meniti diatas Manhaj haraki.

    3 - Ya, saya menyahut saranan saudara itu, bawakanlah PAS kedalam komponen BN kembali. Sebagai seorang yg beragama Islam dan berbangsa Melayu, saya sangat mengimpikan penyatuan UMNO-PAS, duduk dibawah satu bumbung dan memerintah Negara Malaysia yang tercinta. Padamkanlah kisah2 lama yg terluka itu demi Kesatuan Ummah. Bebaik sangkalah sesama kita dalam hal penyatuan ini.

    "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." - AlQuran, Surah AlHujurat ayat 10.

    Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda: "Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit" – Hadith riwayat Muslim

    4 - InsyaAllah, semoga perbincangan ini bermanfaat kepada semua. Maafkan juga segala kekasaran saya terhadap saudara apabila saya membela kerajaan/pemerintah Islam.

    5 - Ayuh sucikan Aqidah dengan meniti diatas jalan AsSunnah, Manhaj Salafus Soleh.

    “Dan bahawasanya (Yang Kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain). Kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa”. - AlQuran, Surah Al-An'am, 153

    "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." - AlQuran, Surah Ahzab, 21

    Dari Abdullah bin Masoud radiallahu 'anhu berkata: Pada suatu ketika Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah menggariskan kepada kami suatu garisan lalu bersabda: Inilah jalan Allah, kemudian menggariskan beberapa garisan di sebelah kanannya dan di sebelah kirinya lalu bersabda: Inilah jalan-jalan yang pada setiap jalan ada satu syaitan yang menyeru kepada jalan tersebut. Kemudian baginda membacakan ayat: Sesungguhnya inilah jalan Ku yang lurus maka ikutilah jalan tersebut dan janganlah kamu ikuti jalan-jalan (yang banyak itu) kerana jalan-jalan tersebut mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan oleh Allah kepadamu agar kamu bertakwa. - Hadith Riwayat Ahmad, Al-Hakim, Ibn Abi 'Asim.

    Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:

    "Pasti akan berpecah-belah umatku kepada 73 firqah, hanya satu ke syurga dan 72 ke neraka. Baginda ditanya: Siapa mereka (yang ke syurga) wahai Rasulullah? Baginda bersabda: al-Jamaah". - Hadith Riwayat Ibn Majah

    "Hendaklah kamu kembali (ittiba') kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepasku". - Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud, Turmizi dan Ibn Majah.

    kata Imam Malik: "Umat ini tak akan selamat kecuali kembali kepada ummat terdahulu (para sahabat)."

    Kata Ibn Mas'ud: "Ikutlah jejak orang yang telah mati (Sahabat).”

    Waalaikummussalam warahmatullahi wabaroktu.

    p/s: Saya tidak pernah boikot media Pakatan Rakyat (lihat link2 saya di blog saya sendiri). Yang rajin memboikot2 ni siapa? "Lu pikir sendiri" :)

    BalasPadam