"Bukan senang untuk senang, bukan juga susah untuk susah... Rezeki dari peluh sendiri lebih baik dari rezeki menggoyang kaki kerana kemalasan bekerja"...
Ungkapan diatas paling tepat untuk menggambarkan kondisi ku pada waktu ini... Sekarang, ku sudah bergelar seorang petani, membanting tulang yang tidak seberapa hanya demi seulas nasi sebagai makanan tenaga dibadan, penerus kehidupan... Alhamdulillah, syukur... Peluang terbuka luas untuk ku berkerjasama dengan seorang teman - Azmi, untuk mengusahakan tanah seluas 3 ekar untuk tanaman cili kulai...
Apa yang ku lihat, walaupun ku sudah bergelar seorang graduan, ku tidak memikirkan kerja yang selesa, berhawa dingin tanpa peluh menitik, sofa yang empuk, dan bermacam2 lagi kerja yang selesa bagi seorang graduan. Tetapi, ku merasakan bahawa, kita seharusnya susah dahulu sebelum kita menjadi senang, kerana janji Allah dalam surah Al Insyirah, ayat 5 dan 6:
"Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu kesenangan, sesungguhnya bersama kesusahan itu kesenangan"
Berbekalkan semangat, tanpa merasa sebarang keraguan, ku ambil peluang ini dan insyaAllah berkat doa dari kawan dan teman - teman sekalian, moga usaha ini berjaya. Ku tidak mahu melihat Umat Islam, menjadi kuli di tanah sendiri.. Bila menjadi kuli, selamanya susah untuk senang... Lihat lah realiti kita sekarang....
Berbekalkan semangat, tanpa merasa sebarang keraguan, ku ambil peluang ini dan insyaAllah berkat doa dari kawan dan teman - teman sekalian, moga usaha ini berjaya. Ku tidak mahu melihat Umat Islam, menjadi kuli di tanah sendiri.. Bila menjadi kuli, selamanya susah untuk senang... Lihat lah realiti kita sekarang....
Ok...Pada masa ini, projek cili kami telah sampai 50% pembikinannya dan penanamannya. Bukan senang untuk kami dapatkan cili yang terbaik. Sekarang, baru ku sedar, betapa susah dan peritnya para petani bekerja di tengah panas, kulit sampai jadi hitam-'kelenteng', peluh basah sampai menitis kebumi, tenaga dan fikiran ditumpu terus kepada tanah dan tanaman....
Lokasi kebun kami di Bukit Cherakah, setakat ini, syukur, ku dapat membantu Azmi. Mula - mula projek berjalan, pokok cili kami diserang serangga perosak, lalat buah dan lalat putih (white fly).. Mujur sebelum kami menanam, MARDI dijadikan rujukan. MARDI tunjukkan kami racun dan baja yang sesuai untuk disembur di ladang bagi elak serangga yang bisa saja merosakkan tanaman.
Untuk lalat buah, pihak MARDI cadangkan menggunakan methyl euganol iaitu sejenis cecair pemikat lalat, ia diletakkan diluar ladang bagi menarik lalat buah. Untuk 'white fly' pula, dicadangkan kepada kami menggunakan MOSPILAN, sejenis racun berbahaya dan sangat efektif untuk membunuh 'white fly' ini. 'White fly' ini boleh membunuh pokok dengan menyebar virus kedalam buah cili dan daun sehingga daunnya merengkot dan mengecil. Itu lah serba sedikit ilmu racun yang ku dapat pelajari sepanjang projek cili ku ini. InsyaAllah, esok, ku akan tanam pula dua tanaman lain iaitu jagung dan betik.
Menjelang tengahari semalam, ladang kami dikunjungi seorang pegawai MARDI Serdang, En Yaseer. Beliau banyak membantu kami mengendali pokok, penyakit pokok, penggunaan racun sesuai dan kesesuaian baja.
Dengan izin dari Nya, projek ini akan dapat hasilnya dalam bulan 7 atau 8 nanti. Projek cili ku ini tidak lain hanyalah sebagai medium untuk ku belajar dan menimba pengalaman untuk lebih maju setapak kehadapan. Projek ini juga pastinya tidak hanya berhenti disini sahaja, tapi ia akan diteruskan dengan fasa II nanti. InsyaAllah... Doakan kami mendapat peruntukan kewangan dari kerajaan negeri dan dari sumber kewangan yang lain......
Segala yang baik dari Allah, segala yang kurang dari ku sendiri.... Hanya Insan yang beriman dan bertaqwa sahaja akan benar2 berjaya jika ia disertakan niat dan kerja hanya kerana Nya...
All the best. Kak Ila turut mendoakan anta. Heheh~
BalasPadamSemoga berjaya..
BalasPadamhahaha..pandai la adah wee...Doa dari kalian amat bermakna buat ku...
BalasPadamAbgnik bgga ngn Adli...moga berjaya...kalo dh berjaya jgn lupa kitaorg disini..hhehe
BalasPadamthanx abg nik...ish...xkan lupe..mane leh lupe...kenangan kite bersame...hehehe...
BalasPadambEsT oF lUcK 2 you..
BalasPadam