Ustaz Awie cakap lebih kurang camni “Seorang penyanyi rock seorang yang jujur, kebanyakkan penyanyi rock senang masuk syurga” .Kenyataannya, kebanyakkan artis-artis sekarang ini hanyut terlalu jauh dan menyimpang dari agama namun mereka masih jadi idola masyarakat. Kenapa lah kurang sangat orang kita menyanjung ustaz serta para ilmuan. Adakah ini didorong oleh kuasa yang ada pada pihak pemimpin. Cara mereka mencorak masyarakat agar terus leka dan dibuai oleh kemaksiatan.

Nak harapkan para ustaz dan mufti-mufti jenama @#$! ni memang tak boleh nak harap. Tapi kalau politik mereka yang terkedepan. Pantang Ngeh baca ayat Quran berkokok sana berkokok sini, pantang Tok Guru keluar kenyataan sikit berciritbirit la puak-puak ni berdengung.. pantang Ayah Chik bagi statement sikit berminggu ulasan dikeluarkan, terus adakan mesyuarat keluar fatwa. Hebat sungguh para juak-juak ni.
Lagi satu ni, Rais Yatim tolonglah paling kurang pun hentikanlah program-program yang tak berfaedah seperti Akedemi Fantasi, Bintang RTM, Mentor, 1 in the million, cuba lihat yang joinnya orang melayu, habis rosak orang melayu dibuatnya. Buat dosa je. Kenapa tak diperbanyakkan program yang mencambah minda seperti Tanya Ustaz, Bicara Agama, lain-lain program yang membina bukan melalaikan serta membuang masa itu. Takut rakyat berpihak pada PAS ke! Alhamdullilah apa salahnya..(copy paste dari blog Nekad Islam)
masyaallah...apa mau jadi dengan artis2 malaysia!!..saya lebih suka artis lama dari artis2 baru..makin hari makin menjelekkan!!
BalasPadam